CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Jumaat, 10 April 2009

TeRaPi SeNi


Who I am
Grab a new Myspace Layout




“KEMARAHAN membara dalam diri. Masih muda, tetapi sudah putus asa. Tiada tempat hendak mengadu melainkan bersembunyi di tangga yang gelap dan sunyi; menangis dan cuba menamatkan hidup pada usia semuda 12 tahun. Banyak kali lagi kemudiannya. Sayu hati membaca luahan yang tercatat pada lukisan seorang gadis duduk mendakap lutut di tangga gelap. Lukisan hitam putih yang tampak suram itu jelas menggambarkan kedukaan serta kekecewaan pelukis untuk meneruskan hidup. Perasaan ini menghantui kebanyakan pesakit yang mengalami hampir semua jenis gangguan mental. Mereka bukan gila. Tiada insan yang dilahirkan di dunia ini mahu digelar orang gila. Malah, kehadiran penyakit yang menjadi stigma negatif kepada masyarakat itu juga tidak dipinta; semuanya berlaku tanpa diduga dan tiada siapa tahu puncanya. Jangan kita cepat membuat tanggapan negatif kepada pesakit seperti ini kerana semua orang ada risiko satu peratus untuk mengalami gangguan mental, terutama skizofrenia, dalam satu-satu masa sepanjang hidupnya. Gangguan mental ini boleh bersifat sementara (satu pertiga), kekal sepanjang hayat (satu pertiga) dan datang sekali sekala, kata Perunding Psikiatri dan Psikoterapi, Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Dr Stephen Jambunathan.

Memang sukar mengikis tanggapan dan stigma negatif masyarakat terhadap pesakit. Pada masa sama, umum mengagumi kepintaran dan kreativiti saintis terkenal Isaac Newton, komposer muzik klasik, Ludwig van Beethoven dan pelukis Van Gogh tanpa mengetahui mereka semuanya mengalami gangguan mental. Newton contohnya mengalami kemurungan mania (fikiran dicirikan kegembiraan atau aktiviti otak berlebihan, pemikiran dan pertuturan menjadi cepat dan mempunyai idea yang sukar diikuti) manakala Beethoven dan Van Gogh pula menghadapi masalah gangguan bipolar (emosi berubah-ubah kepada terlalu gembira kepada sangat sedih dan murung). Malah, pakar psikiatri seluruh dunia menafsir lukisan Van Gogh sebenarnya menceritakan keadaannya ketika berkarya. Lukisan period biru menggambarkan Van Gogh mengalami kemurungan manakala period merah jambu pula menceritakan emosinya ketika gangguan bipolar. Dalam keadaan begitu pun mereka masih mampu menghasilkan karya yang dikagumi sehingga kini. Karya seni diakui menjadi antara kaedah rawatan berkesan untuk gangguan mental kerana melalui seni mereka boleh meluahkan apa yang tersirat dalam fikiran.

Kaedah ini dipanggil terapi seni yang digunakan sejak berabad-abad lalu di negara Barat. Namun di Malaysia, terapi seni boleh dianggap masih baru apabila ia diperkenalkan kepada pesakit di sini antara 10 hingga 15 tahun lalu. Terapi seni direka berlandaskan kepercayaan bahawa proses melahirkan kreativiti boleh mententeramkan jiwa seseorang. Kebanyakan orang yang mengalami trauma psikologi biasanya sukar meluahkan perasaan melalui kata-kata. Ia lebih mudah diluahkan melalui lakaran atau lukisan. Keadaan sama juga berlaku pada kanak-kanak. Kanak-kanak, termasuk yang normal, tidak pandai menunjukkan perasaan dengan kata-kata dan biasanya mereka menzahirkan gangguan emosi melalui kelakuan. Melalui terapi seni, kanak-kanak boleh meluahkan perasaan dan emosi dengan lebih baik serta mudah. “Terapi seni adalah kaedah untuk menggalakkan pesakit meluahkan perasaan dan pemikiran mereka yang tidak boleh dilahirkan dengan perkataan melalui seni, terutama lukisan. Lukisan boleh menjadi cara untuk pesakit berinteraksi dengan orang lain. “Apa yang dilukis adalah luahan perasaan pesakit. Tidak kira apa dilukis, semuanya ada makna tertentu dan hanya pesakit yang tahu makna karya mereka. “Malah, satu garis lurus juga boleh menceritakan perasaan pesakit yang mungkin terganggu atau marah,” katanya.

Melihat hampir 50 hasil karya pesakit dalam Pameran Seni Psikiatri Pertama 2008 yang diadakan bersempena sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia di Galeri Annexe, Pasar Budaya yang berlangsung dari 10 hingga 24 Oktober ini, memang terasa kagum. Bukan calang-calang orang boleh menghasilkan karya sebaik itu kerana ada yang benar-benar cantik dan artistik. Ada lukisan yang berlorek warna ceria; ada yang tampak kelam, kusam dan muram. Memang tepat dengan tema pameran ‘Perjalanan Ke Dalam Minda’. Hanya dengan melihat warna yang digunakan, kita boleh menduga emosi pesakit sama ada dalam keadaan tenang, gembira atau sedih dan murung. Adakah terapi seni sesuai untuk semua pesakit gangguan mental? Ya, tidak kira apa jenis gangguan yang dihadapi dan berapa pun usia mereka; termasuk pesakit kanak-kanak. Bilakah waktu sesuai untuk memulakan terapi ini? Menurut Dr Jambunathan, ia boleh dimulakan bila-bila masa sepanjang pesakit mendapat rawatan. Bahkan ia boleh dilakukan di mana saja, tidak kira di hospital atau rumah, mengikut kemahuan pesakit itu.

Malah, pakar psikiatri berpendapat terapi seni lebih berkesan berbanding terapi percakapan atas beberapa faktor. Pertama, ia memberi peluang pesakit berkomunikasi dengan lebih bebas melalui visual apabila komunikasi dengan perkataan menjadi terlalu sukar atau pesakit tidak mahu bercakap langsung. Ini bermakna pesakit sudah melepasi halangan perbezaan bahasa dan kepayahan bertutur akibat kurang penguasaan perkataan. Selain itu, pakar terapi seni boleh merekodkan perkembangan pesakit dan berkomunikasi dengan berpandukan lukisan mereka. Biasanya, keyakinan pesakit bertambah apabila mereka mampu melahirkan perasaan melalui lukisan kreatif dan menggunakan lukisan sebagai alat meningkatkan kemahiran menangani gangguan dialami.

Khamis, 9 April 2009

pErSoNaLiTi ApRiL



APRIL


* SANGAT AKTIF DAN DINAMIK.

* CEPAT BERTINDAK MEMBUAT KEPUTUSAN TETAPI CEPATMENYESAL.

* SANGAT MENARIK DAN PANDAI MENJAGA DIRI.

* PUNYA DAYA MENTAL YANG SANGAT KUAT.

* SUKA DIBERI PERHATIAN.

* SANGAT DIPLOMATIK (PANDAI MEMUJUK ).

* BERKAWAN DAN PANDAI MENYELESAIKAN MASALAHORANG.

* SANGAT BERANI DAN TIADA PERASAAN TAKUT.

* SUKA PERKARA YANG MENCABAR, PENGASIH,PENYAYANG, SOPAN SANTUN DAN PEMURAH.

* EMOSI CEPAT TERUSIK.

* CUBA KAWAL PERASAAN.

* KECENDERUNGAN BERSIFAT PENDENDAM.

* AGRESIF DAN KELAM KABUT DALAM MEMBUATKEPUTUSAN.

* KUAT DAYA INGATAN.

* GERAK HATI YANG SANGAT KUAT.

* PANDAI MENDORONG DIRI SENDIRI DAN MEMOTIVASIKANORANG LAIN.

* BERPENYAKIT DISEKITAR KEPALA DAN DADA.

* SANGAT CEMBURU DAN TERLALU CEMBURU